Selasa, 2 April 2013


PENGURUSAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS


UJIAN SARINGAN
a. Ujian saringan ialah satu instrumen pengkuhan yang menyeluruh terhadap kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh murid secara individu untuk dicalonkanbagi mengikuti Program Pemulihan Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan bantuan pemulihan khas.
b. Bahan atau topik dalam ujian saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah diajarkan dan semasa oleh guru kelas. Oleh itu senarai kemahiran yang diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentuan Ujian.
c. Ujian ini boleh dijalankan apabila percalonan diterima.
d. Ujian dijalankan secara individu atau kumpulan kecil dan direkodkan dalam borang rekod ujian untuk difailkan.
e. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas pemulihan khas berdasarkan beberapa faktor:-
i. skor yang lemah
ii. jenis masalah yang dihadapi oleh murid.
iii. ruang yang ada untuk kelas pemulihan khas.
UJIAN DIAGNOSTIK
1. Ujian diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program pemulihan khas. Ujian ini digunakan Untuk membantu guru pemulihan khas mengesan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid.
2. Ujian ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenal pastipunca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.
3. Keputusan analisa ujian diagnostik akan menunjukan daerah-daerah kelemahan dan kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.Cara ini dapat membantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan dan Daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.
4. Analisa kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program pengajaran yang khusus kepada seseorang murid atau kumpulan dengan lebih tepat. Berkesan dan sistematik.
RANCANGAN PENGAJARAN
Ada dua perkara yang perlu diketahui oleh guru pemulihan khas sebelum merancang pengajaran iaitu:
i) Apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan

Tiada ulasan:

Catat Ulasan