PENGURUSAN PROGRAM PEMULIHAN KHAS
UJIAN SARINGAN
a. Ujian
saringan ialah satu instrumen pengkuhan yang menyeluruh terhadap
kekuatan dan kelemahan dalam penguasaan kemahiran-kemahiran asas oleh
murid secara individu untuk dicalonkanbagi mengikuti Program Pemulihan
Khas. Ujian ini dapat mengesan murid-murid yang lemah dan memerlukan
bantuan pemulihan khas.
b. Bahan
atau topik dalam ujian saringan merangkumi hanya kerja-kerja yang telah
diajarkan dan semasa oleh guru kelas. Oleh itu senarai kemahiran yang
diuji hendaklah ditentukan dan direkodkan dalam Jadual Penentuan Ujian.
c. Ujian ini boleh dijalankan apabila percalonan diterima.
d. Ujian dijalankan secara individu atau kumpulan kecil dan direkodkan dalam borang rekod ujian untuk difailkan.
e. Bilangan murid yang diterima masuk ke kelas pemulihan khas berdasarkan beberapa faktor:-
i. skor yang lemah
ii. jenis masalah yang dihadapi oleh murid.
iii. ruang yang ada untuk kelas pemulihan khas.
UJIAN DIAGNOSTIK
1. Ujian
diagnostik ialah ujian yang terpenting dalam Program pemulihan khas.
Ujian ini digunakan Untuk membantu guru pemulihan khas mengesan
daerah-daerah kelemahan dan kekuatan yang dihadapi oleh setiap murid.
2. Ujian
ini dibentuk bukan untuk menilai peringkat pencapaian tetapi untuk
mengesan masalah-masalah yang dialami ketika belajar dan mengenal
pastipunca kegagalan murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.
3. Keputusan
analisa ujian diagnostik akan menunjukan daerah-daerah kelemahan dan
kekuatan seseorang murid dalam menguasai sesuatu kemahiran.Cara ini
dapat membantu guru mengenalpasti kumpulan tertentu mengikut kebolehan
dan Daerah-daerah kesukaran yang dihadapi.
4. Analisa
kesalahan ujian tersebut dapat membantu guru merancang satu program
pengajaran yang khusus kepada seseorang murid atau kumpulan dengan lebih
tepat. Berkesan dan sistematik.
RANCANGAN PENGAJARAN
Ada dua perkara yang perlu diketahui oleh guru pemulihan khas sebelum merancang pengajaran iaitu:
i) Apa yang diketahui oleh murid sebelum pengajaran dimulakan